:: Seri Najwa ::

Sunday, 18 March 2012

Budak SPM nak bercerita .. Esok sekolah ye ?

Eh , esok dah sekolah ke ? Arggghh !!

Haha , ade sesiapa tak yang mengeluh macam ni agak nya ?

Cepat betul masa berlalu kan. Tak sangka 7 hari yang dilalui berlalu dengan pantas nya. haha. Menyesal ke? Tak aih. Yang penting masa cuti ni aku dah manfaat kan dengan sebaiknya. Tak pergi melepak. Tak pergi jalan2 dengan kawan2. Tak buat benda bukan2. Cuma membuat dan menyelesaikan projek sekolah yang diberi oleh cikgu masa cuti ni dan ulangkaji apa yang patut. Yelah, SPM nak dekat dah. ye dok?


Esok2 nanti macam ni lah keadaan aku. haha :D

Sekarang ni dah masuk pertengahan bulan March dah. Bulan Januari , Februari yang lepas dah tak boleh nak kembali lagi . Lagi beberapa bulan je lagi SPM 2012 nak menjengah. Masa lalu tak boleh nak berputar lagi. Sekarang takde guna lagi dah nak menyesal, ye kan? Yang penting sekarang ni aku kena fokus & memandang ke hadapan. Tak perlu nak toleh belakang lagi. :))

SPM ?

Aku sebagai calon tentulah terasa debaran nya. Ye lah, bukan nya sikit subjek nak cover. Termasuk dengan Form4 punya subjek lagi. Bio, chemist, physic, add math, ekonomi lagi.. ahhh ! Kadang2 semua benda ni buat hidup aku jadi haru biru dibuat nya . Ditambah dengan masalah hidup lagi. *Masalah hidup kau tu pun  nak masuk SPM jugak ke cik Najwa oi? -,-

But t's okay, i just think positive dan bersikap optimis untuk menghadapi semua ni. :))

This is the YoungGirl ( My ) Dream !

Soalan ni sering aku tanya pada diri aku ---> Mampukah aku? Mampu dari segi apa? Kewangan ke? Aish, dari segi pelajaran lah. haha :D  Kadang2 aku sering mempertikai kan tentang kemampuan diri aku. Bila kaki ini melangkah masuk ke kelas, terasa begitu kerdil nya diri ini. Kawan2 sekeliling lebih ramai yang bijak2 & pandai dari aku. Begitu lah hebatnnya perasaan 'rendah diri' aku ni . haha *Syiokk sendiri ^^

Baru2 ni aku dapat result untuk March Test aku. Bagi aku agak teruk jugak lah. Boleh pulak BI aku dapat A- je. *Nak buat macamana, BI aku takde lah pro sangat. Aduii, ni baru je BI. Subjek2 yang lain macamana? 
*actually aku baru je dapat BI. Bio chemist physic semua belum dapat lagi. heheh :D 

Tapi takpe lah. Walau macamana pun result yang aku bakal dapat esok nanti, aku terima dengan redha. At least aku dah berusaha. Tak sambil lewa. I still have a time to change myself, right? 

InsyaAllah, yakin boleh. Malaysia boleh.


Coretan hati, dari Gadis yang
bakal menghadapi SPM 2012 ...


Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

8 Responses ♥:

Mk Syahir said...

done..belajaq rajin2..good luck =)
mksyahir.blogspot.com

Seri_Najwa95 said...

@Mk Syahir thanks .. :)

[hazwani_mn] said...

usaha, doa kemudian tawakkal ye dik :)
good luck SPM!

Seri_Najwa95 said...

@[hazwani_mn] tawakal, redha :)) amin...

The Medical Duo said...

Gudlak dlm pelajarn dik...kalau minat perubatan and seiring dengannya bleh contc2 akak n abg di SINERGIHATI :)

Liza Razak said...

yakin pada diri sendiri..usaha & tawakal mesti boleh score SPM !! :)

Seri_Najwa95 said...

terima kasih abang, kakak. sokongan semua amat sy hargai..

arzman angah said...

follow,,,:)
http://hazman-arzman93.blogspot.com/