:: Seri Najwa ::

Saturday, 31 March 2012

Mengapa April Fool diharamkan? ( jangan menyambut April Fool ! )


Say NO !



Setiap kali menjengah nya tarikh 1 April, pastinya ada anak2 muda yang sering membuat kejutan mahupun 'surprise' yang ada diluar jangkaan. Ini lah fenomena yang sering melanda anak2 muda pada zaman sekarang ni, iaitu fenomena APRIL FOOL


Ini lah yang sering terjadi bila menjelangnya 1 April .


Pada mereka perkara ini adalah hanya untuk suka2 sahaja. Mengenakan orang lain adalah perkara yang menggembira kan mereka. Namun tahukah anda, wahai para Muslimin dan Muslimat sekalian, mengapa di Malaysia APRIL FOOL di haram kan? Jom kita ikuti kisah nya :

KENAPA APRIL FOOL'S DAY HARAM? 
Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. 

Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. 

Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.

Tahukah anda?
Bila anda meraikan APRIL FOOL, terutamanya untuk orang-orang Islam, seolah2 anda telah meraikan kejayaan orang-orang Kristian Sepanyol dalam menipu, memecahbelahkan umat islam, serta menyebabkan pertumpahan darah orang-orang Islam berlaku . Nyawa-nyawa yang tidak berdosa diragut kerana penipuan yang telah dilakukan oleh orang-orang Sepanyol terhadap umat-umat Islam.

Jadi, adakah anda masih mahu menyambut APRIL FOOL?

Fikir-2 kan dan selamat beramal :)

P/s : Jangan lupa Birthday saya 15 April nanti ye . hehe :D


Coretan hati dari gadis yang
bakal menghadapi SPM 2012 ...


Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

7 Responses ♥:

Dayz said...

Ow, baru tau ttg April fool nie.. TQ sbb share.. ^^

Seri_Najwa95 said...

@Dayz kongsi apa yang tahu.. :) most wc ^^

ainun said...

bagus entri ni...

p/s: happy becoming birthday :)

ainun said...

bagus entri ni...

p/s: happy becoming birthday :)

Seri_Najwa95 said...

@ainun thanks for your wish and support ^^

Princess Syazliyana said...

http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/03/contest-cantik-bertudung-by-farina.html tag awk ,anyway,birthday sy 8 april,hehe

Seri_Najwa95 said...

@Princess Syazliyana haha. sama2 april. thanks for tag. i'll visit u back :)