Post Yang Terkini ..

Thursday 5 April 2012

Asyik tak sihat je .. macamana nak SPM ?

Salam semua. Apa khabar korang? Saya harap korang semua sihat-2 je. Jangan tak sihat macam saya pulak sekarang ni :') Saya sekarang tengah.. achummm !! Adui, terbersin pulak. Sori yer ^^ 

Saya sekarang ni tengah risau lah. Saya bukannya nak raih simpati atau apa, cuma meluahkan kebimbangan je. Saya selalu tak sihat. Saya ni dah lah nak SPM. Kadang-kadang tu, bila tak sihat jugak, saya gagahkan diri jugak pergi sekolah. Saya tak mahu lah dikatakan orang yang sering ponteng sekolah. Tapi untuk bulan April ni, apakan daya... dah sehari saya tak datang sekolah :'(

Bila orang dah tanya, takkan saya nak senyap pulak kan? "Kenapa tak datang sekolah semalam, Seri?" huhuh, ada jugak orang yang ambik berat pasal saya rupanya. "Aku cuma tak sihat sikit je". Itulah jawapan saya. Tapi ada lah sesetengah budak kelas aku ni agak 'celupar' sedikit mulutnya terus je menjawab "Kau ni asyik tak sihat je. Kau tipu ea?"

Amboi, menusuk sampai ke jantung jugak jawapan kau tuh, kawanku sayang oi. Kenapa saya nak tipu, ada faedah ke menipu? Lagipun saya dah nak SPM, tak berkat pelajaran kalau menipu orang, kan? ^^


I'm just asking for medical treatment !

Tadi saya baru je ada latihan untuk pertandingan pantun. Letih punya letih, dah lah sampai rumah lambat. Nasib baik tak lupa untuk mandi dan solat Asar. Bila dah sampai rumah tadi tengah syiokk-2 berlatih pantun terus saya terbersin. achumm ! Hadoi, bila dah kena macamni, dah sah-2 lah saya akan kena demam. Saya memang dah arif sangat dah dengan perubahan badan saya ni. Sampai naik bosan dibuat nyer :D

Bagaimana dengan hari esok, adakah saya akan masih berterusan macamni? Saya cuma berharap, saya akan dapat mengatasi ini, dan terus kuat untuk menghadapi hari-2 yang mendatang. Mudah-mudahan ..

Aktiviti malam ini : seperti biasa, hanya menelan ubat sahaja ..

Assalamua'laikum, salam ukhuwah fillah ....

Cerita ni dibuat untuk sekadar luahan hati sahaja,
tiada niat untuk memohon simpati ..
harap beri kerjasama . terima kasih :)


Coretan hati, dari gadis yang
bakal menghadapi SPM 2012 ...




Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

4 Responses ♥:

Gucciey Lavender said...

awk kena jaga makan , tidur ye .. :)

Unknown said...

jagalah kesihatan....... jangan macam saya dulu spm boleh kena sakit mata.....terpaksa kuarantin...takujangkin dengan orang lain

Young GirlDream said...

@✿Gucciey Lavender✿ terima kasih . saya ingat punyer :D

Young GirlDream said...

@Ahmad Haziq Azlan ehee, ni bukan sakit saja2 lah, tak sihat smulajadi.. nak wat cane, redha je lah...