:: Seri Najwa ::

Saturday, 21 April 2012

Kawan Saya Doraemon ?


Happy Family Day, At Home ~

BAHAGIA? Siapa yang tak nak bahagia? Hidup bahagia sentiasa menjadi impian bagi setiap insan . Aku juga mengimpikan perkara yang sama. Namun kadang-2 aku sering merasakan perkataan bahagia itu semakin menjauh dari jiwa, dari jasad ku...

Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Aku memang tak sangka selama ni rupa-rupanya ada lagi hidup nya yang lebih tragis dari aku, lebih-lebih lagi bila aku dapat tahu yang dia adalah kawan aku sendiri ! Ya Allah, semoga Engkau memberikan ketabahan dan kekuatan hidup kepada sahabat ku ini Ya Allah..

Dorae, aku sayang kau doe kawan. Aku kadang-kadang bila pandang muka kau je mesti rasa nak menangis. Aku sedih tengok kau. Kenapa takdir hidup kau  macam ni, kawan? Kenapa Tuhan uji kau sebesar dugaan begini weh?? Aku tak berani nak nasihat, nak cakap depan2 dengan kau. Aku cuma takut, takut menitis air mata bila aku teringat kisah hidup kau. Kau memang seorang gadis yang tabah kawan. Aku yakin , perempuan lain yang mungkin ada masalah macam kau ni pun mungkin akan jadi gila. 

Tapi kau.. lain....

Tuhan sayang kau Dorae. Allah benar-2 sayang kan kau.

Aku tahu mesti Tuhan merencanakan sesuatu yang terbaik untuk kau. Sebenar nya weh, aku nak minta maaf. Aku tahu aku selalu marah-2 kau kan? Walaupun marah gurau-2, tapi aku sebenarnya risaukan kau. Aku betul-2 risaukan kau.. Kau selalu tak datang sekolah kan? Aku macam tahu kenapa......

Andaikata kau terbaca post aku ni..
Aku cuma nak kau tahu, walaupun kita bukan BFF, tapi aku tetap anggap kau macam adik beradik aku. Kenapa aku anggap kau macam tu? Sebab kau dah memberi kepercayaan pada aku, untuk menyimpan rahsia antara aku dengan kau. Aku betul-2 rasa dihargai. Aku tak sangka kau akan meletakkan kepercayaan kau pada kawan kau yang nerd aka lurus bendul ni. Hehe. Aku berjanji dengan kau kawan, demi Allah. Aku akan memegang amanah ini, untuk selama-2 nya, sehingga ke akhir nyawa aku....

I just want you to know, that I love you and "who let the dog's out" as my friend, as my siblings... InsyaAllah, forever..

Ikhlas dari sahabatmu yang bercermin mata ;
Seri Najwa








Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)