:: Seri Najwa ::

Tuesday, 24 April 2012

Perkara Yang Membuat Aku Menyesal Semasa Form 4..



Salam. Saya Seri Najwa di sini ingin menyatakan dan meluahkan kekesalan saya terhadap apa yang telah berlaku.

Actually, aku benar-2 menyesal dengan apa yang aku telah aku lakukan. Apa yang aku dah lakukan? Orang memang kata, masa itu emas. Takkan kembali dan berlalu pergi. Perghhh, aku bila dengar ayat ni je, rasa nak menangis pun ada. Haha, cengeng gila kau ni Seri. Sikit-2 nak menangis. Yelahh, aku takkan nak menangis saje-2 kan. Tak ke buang tebiat nama nya tuu. Haha :D

Tentang Penyesalan Yang Tak Berguna ---> 
Aku cuma nak meluahkan kekesalan aku yang tiada gunanya untuk dikenang kembali tetapi boleh dijadikan tauladan hidup pada masa hadapan.

Sebenarnya, aku cuma menyesal dengan apa yang aku dah buat masa aku Form4 tahun lepas. Aku banyak sangat bazirkan masa. Buat benda-2 tak berfaedah, main Internet, Facebook, dan sebagainya. Buku langsung tak sentuh. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni......

Andaikata masa boleh berputar kembali, ingin aku tebus semua kesalahan yang aku telah lakukan..

Namun mustahil.. Bolehkah menoleh ke belakang, sedangkan perjalanan yang penuh liku menanti kita pada masa hadapan..?






Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

4 Responses ♥:

mizz RFL said...

never regret about the past..

Seri_Najwa95 said...

Tak salah untuk menyesal sekiranya penyesalan itu kita gunakan utk membawa kemajuan dalam hidup kita :)

fazzlim said...

perkara yang lepas tu la akan jadi pengajaran buat kita yunk..

Seri_Najwa95 said...

terima kasih byk-2 kak @fazzlim .. betul tu :')