:: Seri Najwa ::

Thursday, 12 April 2012

Pertandingan Pantun Kami Masuk Final, Alhamdulillah.. SMK Taman Selayang

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Apa khabar semua? Sihat-2 belaka? Saya Alhamdulillah , sihat sejahtera sentiasa... ^^ Saya ingin berkongsi cerita sedikit, bahawa betapa gembiranya hati saya pada hari ini..


SMK Taman Selayang, sekolah yang disayangi..


Semalam, pada tarikh 12 April 2012, saya, Siti Mariani , Ahmad Muzakir, Nur Arisah dan Noril Hidayah telah mewakili sekolah kami iaitu SMK Taman Selayang untuk pertandingan pantun peringkat daerah Zon A. Mungkin ada yang masih ingat lagi tentang CERITA INI kan? :D

Cerita Best <--- Jemput Baca Dulu ;)

Actually, pada waktu semalam kitorang memang rasa cuak gila, especially saya. Saya dah lah jadi pemantun pertama. Nasib kemenangan kawan-2 saya semuanya bergantung pada tangan saya. Mengapa saya cakap macam tu pulak? Maksud saya kat sini andaikata saya sebagai pemantun pertama tak dapat menjawab soalan yang dijual, bagaimana dengan nasib rakan-2 yang saya sayangi ini..? Penat-2 saja cikgu hantar kami ke sini, dan penat-2 saja kami berlatih selama ini, kalau saya tidak dapat menjawab soalan-2 yang dijual dengan baik.


 Ya Allah, andaikata saya tak dapat jawab soalan-2 yang dikemukakan kejap lagi, mana saya nak letak muka nanti? Kuatkan lah semangat ku Ya Allah.. semalam saya betul-2 rasa senak perut, bila memasukinya pusingan pertama. Tambahan lagi saya tak pernah ada pengalaman dalam memasuki mana-2 pertandingan pantun sebelum ni. 


Masa pusingan pertama, kami dipilih untuk bertanding dengan SMK Sungai Kertas. Mereka pun boleh tahan hebatnya juga. Saling menjual dan membeli pantun. Saya dengan rendah dirinya masa membalas pantun dan menunggu keputusan dari pihak Panel Juri, dalam hati saya berdoa andaikata kami kalah, saya Redha. Namun pada masa yang sama, ketika telah hampir kepada keputusan juri, Alhamdulillah kami telah menang dan pass pusingan pertama. Tiada kata lain yang dapat kami ucapkan selain rasa syukur kepada Ilahi.

Tibanya pusingan kedua, turn kami untuk bertanding pula dengan SMK Seri Gombak. Mereka pun juga dikatakan hebat. Semuanya comel-2 belaka para pemantunnya. Hee ~ Saya nak ceritakan apa insiden yang terjadi masa saya memasuki pusingan kedua ni. Ada sedikit accident yang terjadi pada diri saya ketika ini.

Masa pusingan ni, sekolah saya yang harus menjualkan pantun dahulu kepada pihak lawan. Saya sebagai pemantun pertama semestinya menjadi orang pertama yang menjualkan pantun dalam pusingan ni. Ketika baru mula nak menjualkan pantun, tiba-2 mata saya menjadi kabur. Dan secara tak langsung ketika saya memegang mikrofon saya berkata begini "Saya minta maaf, saya tak ingat".  Ya Allah, malunya akuuu..... Dah lah saya bercakap depan-2 mikrofon pulak tu. Dalam hati saya dah berkata jatuh lah reputasi SMK Taman Selayang lepas ni, disebabkan aku.. Ampun kan saya buk...

Tapi.. selepas itu.. hati berdebar menunggu keputusan juri.. dan... kami  menang lagi untuk pusingan ini. Alhamdulillah.........

Dan tibalah pula masuk untuk pusingan suku akhir, ataupun lebih dikenali sebagai pusingan Final untuk pertandingan pantun untuk peringkat Daerah Zon A ini. 

Kini lawan kami adalah --> SBPI Gombak . Dengar cerita sekolah ini pelajarnya hebat-2 belaka. Al maklumlah nak masuk ke sekolah sini hanyalah orang-2 yang tertentu, bukan calang-2 orang dan yang bijak2 sahaja ( pada pendapat saya lah ) :D

Saya malas nak cerita panjang-2 , dan ditakdirkan, kami kalah kepada SBPI Gombak ni. Nak buat macaman, terima sahajalah takdir. Namun, kami berpuas hati, kerana kami kalah dengan bermaruah. Tak sangka kami boleh sampai ke peringkat Final, dan kalah pula kepada sekolah berasrama penuh, bukannya kalah kepada sekolah yang biasa-2 :)

Saya ingatkan cikgu kami iaitu cikgu Raeshah kecewa dengan kekalahan kami, namun beliau berkata beliau berbangga dengan kami kerana kami telah buat yang termampu dan yang TERBAIK , dan sekolah kami telah berjaya menjadi sekolah dua terbaik dalam pertandingan peringkat ini dari berbelas-belas buah sekolah yang bertanding. Alhamdulillah diucapkan sekali lagi...

Rama-rama terbang melata,
Girangnya hati tidak terkata..

Saya memang gembira dengan kejayaan ini, walaupun kami tidak lah sehebat mana.. Tak percaya? Tengok bawah ni..










Happy punya pasal sampai tak sabar-2 nak update status. hewhew :D

Apapun, we had do our best. Kepada rakan-2 seperjuangan :


Tanpa sokongan dan hasil penat lelah korang kita semua takkan sampai ke tahap ni :)


Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

6 Responses ♥: