Post Yang Terkini ..

Sunday 8 April 2012

Semoga ayah selamat pulang ..



SEMALAM

7 April 2012 :
Semalam saya dan dua orang kawan-2, Zubaidah dan Zulaika, baru saja menghabiskan study group pertama kami. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Dorang berdua ni Pro betul. Takut saya dengar cara dorang mangajar tuh. Cuma saya sahaja lah yang tidak membuat pembentangan, kerana saya tidak membaca Chapter Biology yang saya sepatutnya bentangkan semalam tuh. Hehe. Dan Chapter tu akan ditangguhkan sampai minggu depan. Harap-2 panjang umur sampai minggu depan. Aminn :D

8.30 p.m. :
Time tengak syok-2 belek buku Add Math, tiba-2 saya terdengar perbualan mak dengan ayah saya, mengatakan ayah akan pergi kursus selama 3 hari 3 malam. Ayah akan bertolak pada hari esok. Maknanya pada hari Rabu dia akan pulang ke rumah dari kursus tuh.Adik saya yang perempuan tuh dengan muka tak tahu malunya terus mintak duit belanja sekolah selama 3 hari tuh. Haha, tak tahu malu betul :p  gurau je lah :D haha, kenapa tiba-2 saya rasa sedih pulak ni? -,-



HARI INI

8 April 2012 :
Kira-2 pukul 12 tadi, masa saya tengah selak-2 buku Eko. ,ayah tiba-2 masuk bilik saya, dia beritahu saya suruh tolong mak, tengok-2 kan mak dengan adik-2 bila dia pergi kursus nanti. Huu, sedihnya... Dia suruh saya belajar rajin-2, jangan asyik melekat dengan Intenet jer. Maklum lah, aku ni kan kaki Internet :D Okay, insyaAllah, kakak akan belajar rajin-2. Jauhkan Internet dan jarangkan diri dengan Internet. InsyaAllah..

P/s : Please , jangan kata saya gedik or whatever . Salah ke nak meluahkan apa yang terbuku di hati ? I can write whatever i want here . Thanks for coperation :))

Coretan hati, dari gadis yang 
bakal menghadapi SPM 2012 ..


Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

1 Responses ♥:

Anonymous said...

Awak hargailah mak ayahh, smentara dorang masih ada nie .