Post Yang Terkini ..

Wednesday 25 April 2012

Status aku di Facebook cetus kontroversi ..





Salam. Orang kata rangkaian sosial yang ada ni kalau kita tak guna kan sebaik nya juga boleh membawa masalah negara. hewhew :) Sampaikan update status kat Facebook pun boleh menjadi isu besar dan perbalahan sesama kaum. Tak percaya? 




FACEBOOK , satu rangkaian sosial yang sememangnya dah diketahui ramai. Tapi, berapa ramai yang menggunakan rangkaian itu untuk melakukan kebaikan kan? hmm ...

Hari ni aku rasa teruk sangat, teruk sangatttttt. teruk teruk teruk! eh , berapa kali nak ulang nih. hewhew. Aku jadi teruk. Aku betul2 stress pagi tadi. punya lah tension. Aku pergi online Facebook terus, nak hilangkan stress aku. 

Stress punya stress, aku pergilah update status. Nak release tension punya pasal. Aku main update je status. Nak tahu aku update ape? Cube tengok bawah ni.


Hahah , amacam, bravo tak status nih? apekehal nya aku tetibe update status macam ni, dah giler ke aku ni? Itu baru je statusnya. Belum komen-komennya lagi.Nak tahu komennya? Jom check it out !!


Boleh pulak aku cakap yang status ni skrip untuk berlakon. Memang dah sah-sah lah kau ada penyakit mental cik Seri...  K Fine . Actually, status ni takda kena mengena dengan sesiapa pun, kecuali dengan diri aku sendiri. Masa aku tengah menaip status ni, aku menangis teresak-esak. Dorang tahu ke macamana perasaan aku masa tulis status ni? Banyak betul yang hentam keromo aku melalui IM bila tengok status ni. Ramai sangat yang hentam. Udah ler, aku dah tak larat nak print screen semua hentaman dorang tu. 

Ada yang suruh aku istighfar, ada yang kata kau dah buang tebiat ke Seri? Aku nak buat macamana lagi, dah terjadi pun benda tu. Aku dah tulis pun status tu. Status tu menandakan kekecewaan aku terhadap kehidupan ni. 

Kalau ikutkan hati, aku nak je tulis status macam ni ---> " Tuhan memang tak sayang aku! Kenapa dia uji aku macam ni? Hina sangat ke aku ni? " :'(

Dorang tak paham, dorang bukan berada kat tempat aku. Dorang tak paham apa yang aku rasa. Kadang-2 bila kawan-2 aku cerita masalah dorang pada aku, aku siap bagi nasihat, kata-2 semangat lagi. Aku.... takda siapa aku nak luahkan. Isi hati aku, aku cuma cerita pada diri sendiri je. Kawan-kawan ku, korang semua memang takkan memahami hidup aku... kerana aku yang menanggungnya, bukan nya korang...

Allah Ya Wajibul Wujud, masih adakah simpati dariMu untuk hambaMu yang kerdil ini, Ya Allah.. Aku tidak minta dikasihani, cuma rasa dihargai secebis cuma... mengapa Engkau adakan ujian yang bertimpa-timpa, kepada diri ku ini.. Diri yang naif ini hanya mempunyai iman setipis daun sahaja, Ya Allah ....





Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

8 Responses ♥:

Azee Hana said...

saya memang dah lama sangat x mengupdate fb..huhu

Young GirlDream said...

@Azee Hana , hee, bagus lah macam tu. jangan lah kita asyik buang masa dengan facebook je kan :D

Yuyu Ashari said...

ALLAH xkan uji kita dengan sumthing yg kita tak boleh tanggung. be strong dear. :)

Young GirlDream said...

thanks... i know that :))

Unknown said...

apa yang menguatkan kita adalah. kita kena sentiasa fikir yang seberat berat masalah kita , sebesar besar masalah kita , ada orang lain lagi yang menderita dari kita .. just keep smiling my dear :)

Anonymous said...

huhu.. sabar je la.. :D

Young GirlDream said...

@Ini Kisah Tia memang. i also know that yang Tuhan takkan bagi ujian yang melebihi kemampuan seseorang hamba Nya.. hee. tengah sabo lah ni :D

Young GirlDream said...

@Syakir Rahman hihi, tengah sabo ler ni...