Post Yang Terkini ..

Thursday 23 May 2013

Hidup di Tingkatan 6 - Kelebihan , Pendapat Tentang STPM aliran sains Hayat ?

Hai. Harini rasanya dah nak dekat dua minggu lebih aku berada di SMK Darul Ehsan untuk tingkatan 6. Setelah melalui hari orientasi yang meletihkan, akhirnya terlepas jugak hasrat aku nak masuk kelas sendiri. Hoho :D
Okay, sekarang ni, macam-2 benda berlegar dalam fikiran aku. Aku tak tahu cara yang betul untuk mengekspresikan pendapat ataupun luahan hati aku ni tentang Form 6 ni. Aih, nampak macam dipaksa je aku ni, untuk masuk Form 6? Takde lah, actually aku masuk Form 6 ni dengan rela hati. So, jangan pikir bukan-2 yo ;-)


Aku dah start minat dengan Form 6 sebenarnya sejak aku mula berumur 16 tahun, yakni dua tahun yang lepas semasa aku berada di alam persekolahan. Tapi sekarang ni pun aku masih berada di alam persekolahan lagi, sebab sambung Tingkatan 6. Hoho. Takde bezanya :D 


Okay, masa tu aku masih ingat lagi, masa tu aku tengah Form 4, aku  berusaha cari maklumat pasal Form 6 sebab masa tu aku dengar-2, Form 6 dah pakai sistem modular, sistem semester yang diguna pakai oleh pelajar-2 di Universiti. Betul ke? Haa, lepas aku dah selidik-2 semua tu dari pelbagai sumber, internet, rakan-2, bahan bacaan, dan sebagainya, ternyata lah Form 6 ni dah dinaik taraf sedikit dengan menggunakan sistem modular untuk menyelaraskan atau menyamakan sistem yang diguna pakai di Universiti. So secara rasminya Tingkatan 6 pun dah digelar Pra-U ....


Since daripada haritu, aku macam dah berminat pulak dengan Form 6 ni, sejak STPM ni dah diupgrade setaraf dengan U tempatan. Jadi, daripada haritu lah, aku bertekad yang aku nak masuk Form 6 lepas SPM nanti ^_^


Okay, then dipendekkan cerita lah, aku dapat masuk Form 6. Alhamdulillah... Aku bersyukur sangat-2 masa tu. Aku dapat Form 6 aliran Sains Hayat. Haa, ape kemende pulak Sains Hayat tu? Untuk Form 6 aliran Sains, ia terbahagi kepada dua ;
1. Sains Hayat (Biology dan Chemistry)
2. Sains Fizikal (Physics dan Chemistry)
*Chemistry WAJIB diambil untuk kedua-dua aliran sains ni ....



Akhirnya, hasrat aku yang terpendam selama ni, untuk masuk Form 6 dalam aliran Sains Hayat ni termakbul lah jugak.... Lepas dapat result SPM yang tak berapa nak gempak tempohari, aku cuak gak ar takut tak dapat masuk aliran Sains kat mana-2 tempat pun, sama ada di Matrikulasi atau Tingkatan 6 ni. Tapi sekarang dah boleh hembus nafas lega lah nampaknya. Huh~


Hmm, tapi......



?????



Keliru? Yes, keliru ! Aku keliru, ragu-ragu, pening, bermacam-macam perkara lagi lah yang bercampur-baur dalam benak aku ni ! Aku keliru dengan pilihan aku sendiri. Aku jadi macam tak yakin. Dan benda ni, tiba-tiba je muncul dalam kepala aku secara tiba-tiba. Kenapa mengada-ngada sangat kau ni Seri? Sekejap nak itu sekejap nak ini. Macam orang yang tak tetap pendirian. Saya tahu pasti ramai yang fikir macamni terhadap diri saya ni. Tapi, entah lah.... Susah saya nak cakap.


Baik lah, saya terangkan dan bagitahu satu persatu kenapa saya tiba-tiba boleh berubah jadi macam ni...

1. Pengaruh Internet
Yes, tak dinafikan pengaruh internet sememangnya banyak bawa keburukan pada anak-anak muda remaja sekarang ni. Saya tak menafikan hakikat itu. Tapi pengaruh internet yang saya maksudkan di sini bukanlah pengaruh negatif yang melampau. Saya ada survey di internet tentang STPM aliran sains ni. Untuk pengetahuan semua, saya ni jenis yang mudah lemah semangat. Hoho, itu lah kelemahan aku. Actually, daripada apa yang saya survey... Nak dipendekkan cerita lah,  apa yang saya dapat dari hasil survey kat google, takde sorang pun pelajar Melayu yang skor aliran sains STPM ni sebanyak 4 flat. Tu yang den lemah semangat sikit tu nak belajar. Hikhok :D



Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

6 Responses ♥:

ridoma said...

tahniah

Qurratuaini_SNQ said...

kenapa anda confuse..tapi sebagai perempuan memang tak dinafikan bahawa kita memang macam tak de pendirian..so,the best way is istikharah untuk memilih or confuse tentang sesuatu..

Young GirlDream said...

@Qurratuaini_SNQ banyak benda yg saya tengah fikir. anyway, thanks :-)

Dyanasang said...

done following .mind follow back :)

dyanasan-budakbosan.blogspot.com

Young GirlDream said...

@Adyana Hudsan Fylow okay, follow you back :)

Akhelaken said...

tahniah dpt smbung bljr. so gunakan peluang ni sehabis baik ok. its up to us sebenarnya najwa,klu nak berjaya tu kena la berusaha lbh sikit kan.. anyway kat sini ada some tips yg kamu boleh guna: http://www.eqbalzack.com/2013/06/form-six-very-hard-like-hell.html

p/s: follow me back ya :)