:: Seri Najwa ::

Monday, 3 June 2013

Cuti Sekolah - Bercuti Di Legoland !

Assalamua'laikum :D *Jawab jangan tak jawab salam. Huhu. Okay, dah seminggu lebih kita bercuti di musim cuti sekolah ni. Saya pasti rakan-rakan mesti ada merancang aktiviti masing-masing sempena musim cuti sekolah yang panjang ni, untuk diraikan bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Mungkin pergi berjalan-jalan ke, melancong ke..... :-)

Pada kawan-kawan yang tak pergi mana-mana pun masa cuti sekolah ni, jangan lah sedih-2 kay. Korang masih boleh buat aktivit kat rumah jugak. Haa, tolong mak memasak ke, kemas rumah ke. Atau baca buku untuk exam korang yang bakal menjelang tak lama lagi tu, especially untuk adik-2 akak yang tak lama lagi nak UPSR, PMR, dan SPM tuh.... So, struggle hard k. Cuti ni hanya sementara je. Pejam celik dah ada kat perhimpunan sekolah dah pun :D

Okay, straight to the point. Baru-baru ni saya dan keluarga telah bercuti di Johor Bahru. Okay, Johor Bahru tu kat mana pulak? Johor Bahru tu kat Johor lah awak. Hehe. Dan kami telah merancang untuk bercuti di satu tempat menarik ni. Haa, di mana?

Jeng jeng jeng.....
*Bunyi Drum

Legoland ! Taraa :D *Buat muka sengih sikit

Sebelum kami bertolak ke Legoland tuh, sehari sebelum tu kami telah bertolak ke Hotel Puteri Pacific dahulu untuk menginap di sana. Okay, saya ingat lagi tarikh nya, 24 Mei 2013. Banyak halangan yang perlu ditempuhi sebelum sampai ke hotel nih. Huhu. Boleh pulak tersesat kat sana. Nasib baik sampai ke destinasi yang dituju.tu. Hikhok.

Bila dah sampai di hotel tuh, terus kami angkat beg bagasi semua ke atas. Dan kami merehatkan diri sementara menunggu pada malam tu, kami ada majlis makan malam di situ.
Pada waktu malam pulak, majlis makan malam telah diadakan dan kami enjoy menikmatinya, Banyak benda jugak berlaku masa tengah makan malam ni.


Okeh, sempat lagi posing sebelum makan. Hewhew :D

Dah selesai makan malam, kami terus balik ke hotel. Malam tu makan malam kejap je, kelam kabut gila. Sanggup makan agak gelojoh jugak masa tu sebab nak balik cepat ke hotel, kerana malam tu ada cerita Saya Sebenarnya Isteri Dia. :D

Masa on the way balik ke hotel tu, sempat lagi tangkap gambar. Gambar dekat bawah ni haa.


With my mom and my little brother.

Malam tu kami tidur lena lah. So keesokan pagi nya, baru bermula aktiviti untuk ke Legoland....

Pagi esok tuh, kami kena bangun awal, kira-kira pukul 5am macam tu tak silap saya, sebab nak bersiap-siap dan bas bertolak dari hotel ke Legoland dalam pukul 8 pagi macam tu. Lepas saja dah siap dan breakfast, terus kami naik ke atas hotel balik untuk ambil barangan sebelum bertolak :-)

Dan, perjalanan kami pun bermula.....


Gambar ni di'capture' masa dalam bas. :D

Okay, dah sampai dah. Yahoo, Legoland. Here I come ! :D


Pakai ala-ala Arab sambil berposing depan Logo Legoland :D


Bersama-sama keluarga.

Bila kami dah masuk ke situ, amboihh. Panjangnya queue. First of all, kami bermain permainan yang pusing-pusing dalam cawan tu. Haha, tak tahu pulok nama permainan tu apa. Hentam je lah. Haha, lepas main je permainan tu, terus kitorang rasa pening-pening lalat. Sabo je lah :D

Then lepas tu, kitorang pergi melawat model-model lego yang ada di sana. 

Antaranya....


Model Kapal China


Model Istana China



Haa, sat. Aku nak jadi model berpayung kejap.
Tumpang lalu~


Model Albert Einstein. *Ye kot


Model lelaki berbaju Melayu.
*Aku pulak yang tetibe berposing cam model.
Hikhok


Bersantai di depan model instrumen muzik
berdekatan air kolam/terjun.


Model Tutankhamun

Dan bermacam-macam model lagi sebenar nya. Ikutkan saya nak letak semua, tapi risau loading blog jadi terlampau berat kalau letak gambar banyak sangat :D

Okeh, lepas dah penat berjalan-jalan tu, mesti lah perut rasa lapar, kan? Then kami terus menuju ke restoran.


Berposing dahulu sebelum mengisi perut.
Macam tak biasa pulak, kan posing-2 ni?


Okay, jemput makan dan minum ye rakan-rakan sekalian :-)


Dan lepas tu, kami terus naik bas pulang ke hotel. Kami bersantai-santai dahulu sementara menunggu makan malam....

Dan malam tu, malam terakhir kami berada di situ. Jadi kami abadikan kenangan dengan menangkap gambar sebelum turun menuju ke tempat makan...


With my sister Nuurafiqah Safuhah.
Bergambar sebelum makan malam.


Jadi malam tu, kami makan dengan penuh keseronokan sekali. Pagi esok dah nak bertolak awal-awal pagi. Jadi kami tidur dengan mulut tersenyum malam tu. Hihi. InsyaAllah ada rezki lagi, kami akan pergi ke sana lagi. Will miss this place :')


Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

10 Responses ♥:

ezyra daniel said...

wow...best nye dapat bercuti dengan keluarga...
hehe....
tak pernah pergi lagi ke legoland

Seri_Najwa95 said...

@ezyra daniel insyaAllah lepas ni rezki awak pulak :-)

TeTo YakSa said...

fuhhyooo..Legoland tu.. hheheheh

Orange Vivaz said...

syok nyer pegi situ....

farid salleh said...

Wow... bestnye... selamat b'cuti la ye.. ramai org x masa kamu pergi???

Mila Ahmad said...

Legoland ni kalau ada budak bestlah bawak.

Amoi Farah said...

Mesti orang ramai kan.....

Seri_Najwa95 said...

@farid salleh ramai, queou memang panjang gila.. :D

Seri_Najwa95 said...

@Mila Ahmad memang ada budak pun, iaitu saya! hikhok :D takde lah, gurau je.
ada adik saya sekali :-)

Seri_Najwa95 said...

@Amoi Farah memang, memang ramai. sesak macam traffic jam :D