Okeh, sempat lagi posing sebelum makan. Hewhew :D
Dah selesai makan malam, kami terus balik ke hotel. Malam tu makan malam kejap je, kelam kabut gila. Sanggup makan agak gelojoh jugak masa tu sebab nak balik cepat ke hotel, kerana malam tu ada cerita Saya Sebenarnya Isteri Dia. :D
Masa on the way balik ke hotel tu, sempat lagi tangkap gambar. Gambar dekat bawah ni haa.
With my mom and my little brother.
Malam tu kami tidur lena lah. So keesokan pagi nya, baru bermula aktiviti untuk ke Legoland....
Pagi esok tuh, kami kena bangun awal, kira-kira pukul 5am macam tu tak silap saya, sebab nak bersiap-siap dan bas bertolak dari hotel ke Legoland dalam pukul 8 pagi macam tu. Lepas saja dah siap dan breakfast, terus kami naik ke atas hotel balik untuk ambil barangan sebelum bertolak :-)
Dan, perjalanan kami pun bermula.....
Gambar ni di'capture' masa dalam bas. :D
Okay, dah sampai dah. Yahoo, Legoland. Here I come ! :D
Pakai ala-ala Arab sambil berposing depan Logo Legoland :D
Bersama-sama keluarga.
Bila kami dah masuk ke situ, amboihh. Panjangnya queue. First of all, kami bermain permainan yang pusing-pusing dalam cawan tu. Haha, tak tahu pulok nama permainan tu apa. Hentam je lah. Haha, lepas main je permainan tu, terus kitorang rasa pening-pening lalat. Sabo je lah :D
Then lepas tu, kitorang pergi melawat model-model lego yang ada di sana.
Antaranya....
Model Kapal China
Model Istana China
Haa, sat. Aku nak jadi model berpayung kejap.
Tumpang lalu~
Model Albert Einstein. *Ye kot
Model lelaki berbaju Melayu.
*Aku pulak yang tetibe berposing cam model.
Hikhok
Bersantai di depan model instrumen muzik
berdekatan air kolam/terjun.
Model Tutankhamun
Dan bermacam-macam model lagi sebenar nya. Ikutkan saya nak letak semua, tapi risau loading blog jadi terlampau berat kalau letak gambar banyak sangat :D
Okeh, lepas dah penat berjalan-jalan tu, mesti lah perut rasa lapar, kan? Then kami terus menuju ke restoran.
Berposing dahulu sebelum mengisi perut.
Macam tak biasa pulak, kan posing-2 ni?
Okay, jemput makan dan minum ye rakan-rakan sekalian :-)
Dan lepas tu, kami terus naik bas pulang ke hotel. Kami bersantai-santai dahulu sementara menunggu makan malam....
Dan malam tu, malam terakhir kami berada di situ. Jadi kami abadikan kenangan dengan menangkap gambar sebelum turun menuju ke tempat makan...
With my sister Nuurafiqah Safuhah.
Bergambar sebelum makan malam.
Jadi malam tu, kami makan dengan penuh keseronokan sekali. Pagi esok dah nak bertolak awal-awal pagi. Jadi kami tidur dengan mulut tersenyum malam tu. Hihi. InsyaAllah ada rezki lagi, kami akan pergi ke sana lagi. Will miss this place :')
10 Responses ♥:
wow...best nye dapat bercuti dengan keluarga...
hehe....
tak pernah pergi lagi ke legoland
@ezyra daniel insyaAllah lepas ni rezki awak pulak :-)
fuhhyooo..Legoland tu.. hheheheh
syok nyer pegi situ....
Wow... bestnye... selamat b'cuti la ye.. ramai org x masa kamu pergi???
Legoland ni kalau ada budak bestlah bawak.
Mesti orang ramai kan.....
@farid salleh ramai, queou memang panjang gila.. :D
@Mila Ahmad memang ada budak pun, iaitu saya! hikhok :D takde lah, gurau je.
ada adik saya sekali :-)
@Amoi Farah memang, memang ramai. sesak macam traffic jam :D