Post Yang Terkini ..

Friday 7 June 2013

Keputusan Matrikulasi Gambang Pahang sesi 2013/2014 , Alhamdulillah ...


Salam sejahtera semua. Hari ni, alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ciptaan Allah yang maha indah ini. :D Sebenar nya, hari ini, saya terasa amat gembira sangat, terasa kekecewaan saya telah berlalu pergi.

Kadang-2, saya rasa malu pada diri sendiri, dan juga pada Allah yang Esa, kerana sering mengeluh sebab tak dapat tawaran itu dan ini. Dan akhirnya, doa saya termakbul jua. Alhamdullilah...

Nak tahu kenapa? Tengok gambar bawah ni pun dah tahu dah :')


Ditempatkan di Gambang, Pahang.

Bukan niat saya nak menunjuk, cuma nak berkongsi kegembiraan sahaja. Mungkin bagi sesetengah orang, offer ni kecil je di mata mereka. Tapi bagi saya yang tak berapa nak pandai ni, tawaran ni merupakan satu peluang yang mungkin saya tak akan lepas kan :-)

Sebenarnya, ada dua perkara yang buatkan saya gembira sangat hari ni.
1. Keputusan Matrikulasi.
2. Keputusan SPM baharu.

Keputusan SPM? Yes, result SPM yang baru. Haritu masa dapat result SPM, saya kecewa sangat, sebab result saya teruk. Dapat D lagi *saya tak nak cakap subjek apa. Hehe. Tapi alhamdulillah, lepas buat semakan semula, subjek saya tuh melepasi kredit. 

Tetapi yang buat saya mengeluh sebelum ni, disebabkan gred D tu lah, ia telah mencacatkan tawaran-tawaran yang patut saya dapat sebelum ni. Asasi, UPU, Matriks... Itu yang saya mengeluh sikit tu sebelum ni. So, saya mengeluh selama ni, bersebab okay. Bukan saja-saja je. Tapi takpe lah, takde rezki untuk semua tu agaknya....


Allah lebih mengetahui ....



Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

6 Responses ♥:

eclipsesweet said...

First, tahniah utk SPM and tahniah dpt matrik.. kat gambang lg tu.. akak dulu dpt matrik tu jugak, tapi tak pegi.. hehe..^_^

badeway, goodluck in ur study k, lil sis.. belaja sungguh2.. make ur parents proud of you..

takecare disana nati.. ^_^

Young GirlDream said...

@norhafizahalias terima kasih kak :) insyaAllah. eh, btw kenapa akak tak pergi? macam rugi lah :/

rara Ed said...

Tahniah.. :) Rezeki Allah kita tak tahu.. yang penting jgn putus2 berdoa..
Jemput singgah blog rara..
http://carirara.blogspot.com/

king said...

rezeki Allah itu luas..lets strive for better results in kmp gambang..
btw, same tmpt dgn sepupu sy..

Young GirlDream said...

@rara Ed terima kasih rara :') okay, visit your blog :D

Young GirlDream said...

@king alhamdulillah, rezeki :') oh, yeke? insyaAllah mana tahu terserempak dgn sepupu awak kat sana nanti :)