Post Yang Terkini ..

Thursday 6 June 2013

Tentang Hala Tuju Masa Depan , Tingkatan 6 ....

Assalamua'laikum. Selamat sejahtera. Salam 1Msia ! *Haha, tetibe -_- Okay, aku pening sebenarnya ni. Aku tak rasa ada sesiapapun faham tentang dilema yang aku alami sekarang ni. Sekarang, ni aku tengah sambung pengajian selepas SPM di tingkatan 6, dekat sekolah Darul Ehsan. Benda ni yang buat aku betul-betul buntu sebenarnya. Betul-betul buntu. Sampai demam-demam aku sebab memikirkan nya... 

Banyak benda yang bertakung dalam kepala hotak aku ni sekarang ni. Aku memang minat sangat dengan Form Six ni. Yes, minat sangat-sangat. Sampaikan aku bersemangat cari info pasal Tingkatan 6 dengan harapan, aku makin bersemangat untuk belajar tingkatan 6. Tapi.... 

Lepas aku ditawarkan form six hari tu, aku happy sangat-sangat, sampai mengalir air mata aku waktu tu. Aku ingat lagi masa tu, time tu tengah-tengah malam pukul 12 lebih, aku menjerit sekejap macam orang gila malam tu sebab dapat offer belajar Form Six. Hikhok. Syukur alhamdulillah.... 

Tapi, selepas beberapa lama kemudian aku dah merasai kehidupan Form Six haritu selepas orientasi, aku dah mula terfikir...



Future ? Yes, Future !

Aku jadi buntu macam ni sebab memikirkan masa depan. Aku dah tak tahan simpan benda ni sorang-2. So aku luahkan je lah kat sini. Even takde orang baca pun, at least sesak kat dada aku ni hilang.

Aku dah tawar hati dengan Form Six. Walaupun dulu aku yang beriye-iye sangat nak masuk tingkatan 6 ni, tapi banyak benda yang dah buat aku terpaksa untuk ubah keputusan aku ni. Istikharah? Aku tak rasa apa yang aku pilih ni betul. Aku takut aku kecundang.

Banyak benda yang buat aku terpaksa ubah keputusan yang telah sekian lama aku rancang ni...

Antaranya, aku langsung tak boleh nak belajar kat rumah. Kat rumah aku ni, banyak je gangguan. Aku tak nak cakap gangguan macamana, tapi korang boleh paham-paham sendiri je lah kan. Aku dah lah amik aliran sains. Aliran sains ni dah lah tough. Tapi, family aku ni seolah-olah langsung tak paham aku. 

Aku nak belajar... Tapi buat bising, menggangu aku nak study. macamana aku nak skor kalau macam ni? Aku bukannya anak orang senang weh. Anak orang susah. Kalau aku ni aliran kemanusiaan tu lain cerita lah. Tapi aku nak sangat aliran sains. Dan aliran sains adalah tough. Ada paham???

Aku sedih sangat. Aku dapat KPTM, sambung Diploma Sains kat sana. Tapi benda ni pun buat aku berfikir 2 3 kali. KPTM tu jauh sangat. Kelantan. Matriks pulak tak dapat. Lagipun diploma lama, 3 tahun. Aku nak graduate cepat. Tapi...

Mesti ada yang akan kata "kau ingat kau pandai ke Seri sampai nak graduate cepat?".

Salah ke kalau saya nak graduate cepat? Saya tahu kemampuan diri saya. Tapi lepas dah macam ni keadaan diri saya, macamana saya nak belajar untuk STPM?

Kat rumah LANGSUNG saya tak boleh nak belajar. Dah lah STPM ni tough, lebih-2 lagi aliran sains ni. Macamana nak tercapai cita-2 saya ni selagi saya terperap je duduk kat rumah ni?

Saya betul-betul sedih.....

Kadang-kadang ada terfikir jugak, nak ambil bisnes. Sebab saya layak bisnes. Ingat nak tukar ke kemanusiaan. Tapi saya rasa, bisnes tu kemudian2 lah. Habiskan aliran sains dulu, baru sambung Bisnes untuk Ijazah. 

Sebenarnya, saya amik Sains ni sebagai persediaan. Mana tahu kalau-kalau minat saya terhadap sains tak berubah, then boleh lah saya teruskan ke Ijazah lepas tu. Kalau saya amik bisnes sekarang, saya takut saya menyesal kalau masa Degree nanti tetiba saya minat sains balik. So, better saya decide amik sains ni since dah dapat offer ni.

Ya Allah, pening nya aku. Bantu lah aku.......




Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

2 Responses ♥:

Unknown said...

saya bukanlah manusia paling hebat jauh sekali org tau selok belok masa depan. sendiri masih dalam proses pembelajaran tapi kalau rasa sudi nak berdiskusi dan bertukar2 idea silalah. :)

Young GirlDream said...

@Muhammad Nabil Nasir terima kasih :-) saya cuma meluahkan apa yang terbuku di hati saja. Kalau berkongsi pendapat pun apa salah nya :-)