Post Yang Terkini ..

Wednesday 10 July 2013

Kehidupan Sebagai Pelajar UPSI - Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak !


Salam, pekabo semua? Harini ramai muka lesu tak bermaya je, al-maklum lah berpuasa. Hoho. Rasanya tak terlambat lagi kot untuk saya mengucapkan Ramadhan Al-Mubarak kepada kawan-kawan semua.


Ramadhan Bulan Yang Penuh Kemuliaan

Okay, berbalik kepada tajuk post ni. Kehidupan sebagai pelajar UPSI? Eh, haritu bukan kau ada buat entry pasal masuk Matriks ke? Apa maksudnya? Okay, bagi kepada yang tak tahu apa yang aku duk melalut merepek tetibe ni, korang boleh baca cerita kat sini dulu untuk tahu cerita selanjut nya ----> Jemput Baca ^_^

Haa, dah baca kan? Haha, sumpah nak tergelak bila aku baca balik entry tu. Beriya-iya bagai bila masuk matriks haritu. Hmm. Aku pun tak tahu nak cakap macamana. Ramai gak yang terkejut bila aku buat keputusan nak keluar dari matriks haritu. Aku buat keputusan untuk masuk UPSI lepastu........

Memang ramai yang kata, rugi je keluar Matriks. Tempat situ bagus weh, siap dapat elaun lagi. Kalau masuk diploma jangan haraplah aku nak dapat keistimewaan macam tu. Kalau ikutkan nak je aku stay situ. Tapi aku buat keputusan nak keluar dari situ pun bukannya secara melulu je. Istikharah. Yes, itu yang aku telah buat sehingga akhirnya aku decide untuk further study Diploma Sains kat UPSI pulak....

Ada gak yang bagi komen, kata aku tak reti nak bersyukur sebab dah dapat masuk sana. Ingat senang ka nak masuk? Pastu aku pulak senang-senang je keluar dari situ. Hati mak ayah siapa yang tak panas weh bila anak dah dapat tempat belajar bagus-bagus, tapi senang-senang je keluar dari tu. 

Ada beberapa sebab aku keluar dari Matrikulasi..... Biarlah hanya antara aku dan Allah sahaja yang tahu :')

My life, career, begins here. InsyaAllah.

Do pray for my success !




Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

3 Responses ♥:

Anonymous said...

Insha-Allah .. Moga kejayaan menjadi milik anda ,.

Faiqa said...

Hi, awak ada wechat tak? Saya nk tanya sikit pasal upsi diploma sains. Sbb sy in same case with awk. Confuse nk stay matrik or pergi upsi amik diploma sains? Kalau ada wechat boleh tanya detail lg peluang pekerjaan ke apa. Thankyou - faiqa

Young GirlDream said...

@Faiqa yup, ada. ID saya weetytalkies. add lah :)