:: Seri Najwa ::

Thursday, 15 August 2013

Hidup Yang Sementara - Nikmatilah

Hai kawan-kawan. Ni pelajar UPSI nak bercerita nieeeeh. Ecece. Semenjak duduk di UPSI ni, banyak bebenor kerja yang den kena buat yoo. Assignment, presentation, kerja sekolah, ( i mean, homework ), pidato, dan yang sewaktu dengan nya. Alhamdulillah, segala urusan di sini dipermudahkan olehNya.

Bila kita belajar, dalam ertikata yang sebenar-benarnya, menuntut ilmu, banyak masalah dan cabaran yang perlu kita rempuh. Banyak sangat. Mungkin tidak bagi orang lain, tapi bagi mereka yang benar-benar bersungguh dalam medan menuntut ilmu, mereka akan terasa jerihnya. Percayalah. 

Menuntut ilmu merupakan sebahagian dari suruhan agama. Rasulullah sendiri pun ada bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Lihat, baginda sendiri menitikberatkan ilmu pengetahuan untuk dituntut dalam kehidupan seharian kita.

Berjuang, berperang. Hidup tidak akan ada makna tanpa kedua-dua perkara ini. Memang, dalam hidup ni tanpa kita sedar, kita sering merungut, mengeluh, dan seumpama nya. Tanpa masalah, ini bukan hidup namanya. Sedangkan aku sendiri, ada bermacam-macam masalah. Orang tak nampak. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Perjuangan untuk hidup, untuk berperang, tidak akan pernah berhenti.
"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)." (Muhammad 47:36)

Benar. Setiap perbuatan pasti ada pembalasan. What you give you'll get back. Itu hukum karma. In Shaa Allah jika ada peluang, gunakan lah sebaik-baiknya. Peluang keemasan tidak akan berulang dua kali. Itu pasti. Jikalau ia berulang pun, semuanya atas kehendak Allah. Wallahua'lam.



Berkisarkan kisah hidup yang tidak seberapa, aku terima akan ketentuanNya. Beberapa berita yang aku terima kebelakangan ini, membuatkan aku tak lena tidur kadang-kadang. Aku perlukan masa. Siapa yang tak sedih bila mendengar berita, yang melibatkan nyawa, melibatkan kehidupan? Aku belum puas melihat dunia Ya Allah.

Panjang kan umur ku Ya Rabbi.

Amin ya rabbal a'lamin.....



Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

2 Responses ♥:

akmaL said...

kebaikan yg kita buat pasti akn mndapat blasan suatu hari nti..cume kite sedar or x je nti kan :)

Young GirlDream said...

@akmaL in shaa Allah. wallahu'alam :)