Post Yang Terkini ..

Wednesday 21 August 2013

Kahwin Pada Usia Yang Muda - Bagus atau tidak ?

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya ( perempuan ) pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala galanya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Takpe, In Sha Allah, masih ada peluang untuk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."



Semalam,
dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari. Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. Basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dengan dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu".


Astaghfirullah hal 'azim. Hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar-pelajar saya, dan rakan rakan FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. janganlah hanya kerana kawan kawan kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. Janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan untuk seminggu dua atau sebulan atau setahun. Tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan Rasul-NYA.


Kepada pelajar-pelajar yang telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini. Tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. Jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. Tolong kurangkan posting posting romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang amat berat.


Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup cukuplah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog dialog romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu sahaja. TOLONGLAH. Saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar-pelajar yang masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yang lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak-anakku, adik-adikku. pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis. Tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. Jaga diri kamu baik baik :')


P/s : Inilah realiti sebenar! Memang ramai yang kahwin diusia muda tapi ramai juga yang bercerai berai diusia yang muda. Nauzubillah! Moga Allah menjaga perkahwinan yang telah didirikan demi mencari redhaNya  mudah mudahan. bagi yang bakal menjadi pasangan suami isteri, ana doakan ukhti wa akhi berkekalan hingga ke syurga. Pilihlah pasangan seperti yang disarankan oleh Islam. Pilihlah pasangan itu kerana agamanya. In Sha Allah, sempurna hidup seterusnya berkekalan hingga ke syurga. Aaminn ya rabbal a'lamin....



P/s II : Anda boleh SHARE untuk perkongsian. Jazakallah wa tabarakallah. Fi hifzillah ^^v
''Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung”
(Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)


Sumber : Liyana Yusuf

        l
        l
        l
        l  Minta tolong untuk tekan button Donate ini ya. Semoga jasa anda ini dirahmati Allah sentiasa :') Terima kasih...
        l
        l
       V


Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

2 Responses ♥:

IMA SALSUZAIMA said...

terkedu baca entri ni..cukup ikhlas.sy rasai keikhlasannya..sy juga berkahwin pada usia muda. alhamdulillah.. sbnrnya muda bukan 1 masalah tp sikap individu itu sendiri yg memainkan peranan.. pesanan ni 100% betul.kita pasangan muda x perlulah terlalu menonjolkan posting atau status2 romantik.ckuplah untuk tatapan sendiri bersama pasangan ye kwn2.. :')

Unknown said...

sy ada banyk kawan jenis cmni..semoga perkahwinan mereka bahagia hingga ke syurga..aminn..kahwin muda tu bagus tapi mesti sedar dulu diri tu dah cukup layak or tak untuk pegang tangungjawab tu kan..jangan nak ikot org lain je :)