:: Seri Najwa ::

Saturday, 17 August 2013

Kisah Seorang Pemuda Yang Sedang Couple dan Seorang Syeikh - Jadikan Pengajaran

KISAH YANG BOLEH DIAMBIL PENGAJARAN DAN SANGAT MENDALAM MAKNANYA DALAM DIRI KU JUGA.

Hari ni, salah sorang kawan Talaqqi ku kantoi dengan Syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone. *Yakni couple*

Kemudian Syeikh itu bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua..

BEGINILAH DIALOG MEREKA...

Syeikh: Kamu suka dia?
Fulan: Ya syeikh....
Syeikh: Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidup kamu, menjadi ibu untuk anak kamu, atau menjadi pembantu agamamu?
Fulan: Ya syeikh...Pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...
Syeikh: Bila kamu akan menikahinya?

Fulan: (Menikah..?) Hmm....


Fulan: Lepas belajar syeikh... In Shaa Allah dalam 3 tahun lagi...

Syeikh: Jadi, kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan nak menikah sekarang, kan? Kamu rosakkan dia sekarang dan dalam 3 tahun yang akan datang? Kenapa kamu jadikan air mutlak, menjadi air musta'mal tanpa sebab?Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?

Fulan: Apa maksud ya Syeikh?

Syeikh: Kenapa kamu bercouple dengannya, sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu? Bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah, kemudian baru kamu jumpa ayahnya, dan pinang dia secara baik. Bukankah cara itu lebih suci? 

Fulan: ....

Syeikh: Wanita umpama air mutlak, mereka suci.... Tetapi, apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal. Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci, tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh bontot dan sebagainya. Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?

Fulan: Tidak sanggup ya Syeikh...

Syeikh: Sesungguhnya, wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya. Kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mudah mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran. Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah. Tetapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya. Tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat pendek. Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka. Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana aAlah haramkan kita untuk dekati zina. Dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini. Jadi, janganlah pandang remeh perkara zina ini. Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina. Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70 kali ganda api dunia?

Fikir-fikirkan ya sahabat handai sekalian. Assalamua'laikum :-)
         l
         l
         l
         l  Jangan lupa tekan button Donate ! Semoga jasa baik anda dirahmati Allah sentiasa :') Syukran ...
         l
         l
        V

Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

4 Responses ♥:

fasha said...

huu...tenks for sharing =)

Young GirlDream said...

welcome @fasha :D

SyahiRah ILyana said...

perkongsian yg menarik.. Sekarang ramai yg tahu kapel itu haram tp rmai yg xsedar.. Tidak ckup sekadar tahu tp xsedar..

Young GirlDream said...

@SyahiRah ILyana bagi saya, couple tak haram. maksud saya di sini, 'couple' dgn yang sudah halal. 'couple' dgn Allah :D

couple = mencintai