Post Yang Terkini ..

Saturday 31 August 2013

Merdeka - Hati hati Dengan Hadis Palsu !




Menjelang hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56, antara HADIS PALSU yang popular mengenai cinta kepada negara ialah;

حُبُّ الْوَطَنِ مِنَ الايمَان
Maksudnya: Cintakan negara adalah sebahagian daripada Iman.

Ulasan para Ulama' berkenaan hadis ini:

1. Ibn al-Jauzi telah menulis dalam kitabnya Al-Maudhua't bahawa Imam As-Shaghani berpendapat hadis ini adalah palsu.
2. Mulla Al-Qari dalam al-Masnu' fi Ma'rifat Hadith Al-Maudhu' menyatakan hadis ini tidak ada asal usulnya di sisi para ulama' Hadis

Islam memang tidak pernah melarang umatnya untuk cinta dan sayang kepada negara, akan tetapi ianya perlulah dengan tujuan dan matlamat untuk memartabatkan agama Islam di negara kita. Cinta kepada negara semata-mata bukanlah tuntutan sebenar syarak, ianya pelu dibuktikan dengan membangunkan negara dengan kaedah yang telah diajar oleh syarak.

Islam merupakan agama yang syumul dan lengkap, Nabi saw juga telah memberi contoh dan tauladan bagaimana cara mentadbir negara, tidak lupa juga tauladan yang dibawa oleh Khulafa' Ar-Rasyidin.

Orang Islam juga telah disuruh untuk mempertahankan negara dengan tujuan membela agama Islam dan memulihara Islam di negara tersebut. Berbeza dengan orang bukan Islam, mereka mempertahankan nergara demi cintakan negara semata-mata, ini disebut oleh Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 66 yang bermaksud:

"Dan Sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. dan Sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) Yang telah diberikan kepada mereka, tentulah Yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka)."

Kata-kata Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin dalam syarah Riyadh As-Shalihin

"Sesorang yang berperang hanya untuk membela negeri/negaranya sahaja maka dia tidak dikira sebagai mati shahid jika dia gugur di medan perperangan. Kewajipan ke atas orang Islam yang tinggal di dalam negara Islam untuk berjuang mempertahankan negaranya demi Agama Islam yang ada di negara tersebut"

Wallahualam

Rujukan: Rujukan: 40 Hadis palsu popular. Abdul Razak Muthalib. PTS pub & http://fiqhsyariah.blogspot.com/2013/08/menjelanghari-kemerdekaan-malaysia-yang.html

Sumber : Oh! Islam


      l
      l
      l
      l     Minta tolong untuk tekan button Donate ini ya. Semoga jasa anda ini dirahmati Allah sentiasa :') Terima kasih...
      l
      l
      l
     V

Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

2 Responses ♥:

Tengkubutang said...

Done follow sini yunk.. no.1544,
jom follow me back yunk.. suka blog ni.. ada tutorial lah.. besttt.. owner pun cutee sgt..

http://tengkubutang.blogspot.com/

✿✿PuTri BlOggER✿✿ said...

singgah utk folow , komen dan bca entry..

meh lah folow kembali...

salam ukhwah