:: Seri Najwa ::

Friday, 9 May 2014

Padan Muka Kau, Palestin


Palestine oh Palestine.
Nasib kau lah Palestine.
Walaupun bumi kau ada Baitul Muqoddis, kami tak peduli.. 
Bukan baru sehari dua kau berdepan Israel, tapi sudah lebih 60 tahun! 
Kami anggap kau sudah terer dan hebat. 
Kami peduli apa? 
Padan muka kau.

Anak Palestine, kau kotor, kau lemah, kau penakut.
Cuba tengok anak Malaysia, semuanya hebat!
Kami mampu ada gajet-2, kami banyak buang masa selfie, 
berbicara tentang hal cinta, kami buang masa dengan melawan Allah. 
Kau kat sana berani buat apa je?

Padan muka kau.
Kau tak hebat anak Palestine.
Kau gugur syahid, tapi anak Malaysia gugurkan anak.
Biarpun kepala kau berkecai ditembus peluru Yahudi setiap hari,
tetapi McD jugak menjadi makanan kami check in setiap hari untuk bagitahu kami mampu makan di McD. 
Kami peduli apa dengan darah kau?

Anak Palestine, tidur malam kau tak lena, 
kerana risaukan peluru dan bom musuh. 
Keesokan hari kau bangun awal berlari-lari di sebalik runtuhan bangunan kerana nak cari sekeping dua roti utk sarapan adik2 kau kerana mak bapak kau sudah mati.
Kami? Malam2 kami merempit, pegi clubbing mabuk sampai muntah.
Kami berani, upload gambar pegang botol beer dan kami seru komen2 murni. 
Kami berani sebab kami hebat!
Kami tahu kami akan hidup lama lagi, sebab tu kami merempit sana sini.

Kau bermati-matian pertahankan aqidah dan diri dari musuh kafir harbi,
tapi kami bermati-matian pertahankan cinta kudus kami dengan relay2.
Kau hilang mak bapak tercinta, tapi kami persetankan je mak bapak kami.

Palestine, kau lemah. Kami kuat.
Kau makan 2 hari sekali, kami makan setiap 2 3 jam. 
Kau kotor, jijik, tak mandi dan busuk. 
Kami bersih, cantik, sihat dan kemas.

Ini semuanya benar, kerana syurga kamu bukan di dunia. 
Manakala kami sedang asyik dibuai syurga kami yg sementara ni.
 Kami lupa padamu Palestine.

Kami masih bertenang melihat "militan" di sana yg seaqidah dengan kami dibantai setiap hari, sedangkan kami tiada jawapan utk Allah nanti kenapa kami abaikan kau.

*Konklusinya, jadi siapakah yang 'padan muka' sekarang ini, mereka atau kita..?*

Allahurabbi, cuba ambil masa untuk berfikir sejenak.
Setakat ini, apa sumbangan kita yang telah kita lakukan dalam menegakkan agama Allah yang penuh syumul ini? :'(
Sumber : KHK's Page




Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)

1 Responses ♥:

Anonymous said...

padan muka palestin?????????????????????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!