Post Yang Terkini ..

Friday 13 March 2015

Ekonomi Melayu


Orang Bangla kerja di Malaysia bergaji RM1000. 
RM800 dihantar ke Bangladesh
RM200 dibelanja di Malaysia. 
Untuk setiap pekerja, Bangladesh akan RM800 lebih kaya
dan Malaysia akan dapat RM200. 

KESIMPULAN 1
Lebih ramai orang Bangladesh kerja di Malaysia, lebih kaya negara Bangladesh. Itu patriotik



Orang Malaysia kerja di Luar Negara 
RM10,000 mereka dapat
RM4,000 hantar balik Malaysia.
RM6000 dibelanja di negara mereka bekerja
Untuk setiap pekerja, Malaysia akan dapat RM4000
tetapi RM6000 akan mengkayakan lebih negara yang mereka bekerja.

KESIMPULAN 2
Lebih ramai orang Malaysia bekerja di luar negara, lebih kaya negara-negara luar.

MARI CANTUM KESIMPULAN 1 dan 2 YANG SEDANG BERLAKU SERENTAK.

1. Ramai pekerja asing perlu digaji kerana orang Malaysia bekerja di luar atau pilih tidur di rumah

2. Bila ramai pekerja asing, banyak penghantaran wang keluar negara dan negara kehilangan sumber.

3. Bila ramai orang Malaysia bekerja di luar, Malaysia juga kehilangan sumber daya manusia dan mereka tidak menjadikan Malaysia lebih kaya dari negara yang mereka berkhidmat. Memang bekerja sebentar di luar untuk beli aset dan buat simpanan di Malaysia, tetapi jika banyak yang anda dapat kumpulkan...banyak juga yang telah anda belanjakan di negara tempat anda bekerja. Apabila anda pulang, ada orang lain pula akan bantu.

4. Aset terbesar negara ialah rakyatnya yang ada "otak". Negara berbelanja untuk bina "otak" yang dahulu hanya pandai menoreh getah. Sebahagian "otak" yang terbina itu pula diguna untuk membina negara orang. Tinggal orang dari negara lain yang kurang dibina otaknya untuk berkhidmat membangun negara ini.

5. Saya katakan itu tidak patriotik kerana anda juga setuju jika anda pandang jauh ke hadapan. Saya cuba cari contoh lebih mudah supaya ramai yang mampu faham akan pusingan ekonomi dalam terma yang sangat mudah. Tetapi jika anda memilih untuk tidak memahami, apa boleh saya lakukan?

6. Negara kita tak kaya, walaupun PM cakap kita ni macam sudah kaya dan boleh mencapai agenda negara maju lebih awal dari tahun 2020. Tetapi jika kita tidak sama-sama bertahan semasa negara dalam kesusahan, tidakkah kita rasa malu bila negara sudah kaya dan makmur lalu kita pulang semula untuk mengatakan ini tanahairku?

7. Jika kita mampu bekerja macam Bangla dengan sekitar 50-80% pendapatan dihantar ke negara asal, mungkin itu juga patriotik. Tetapi jika ia mengkayakan negara yang anda berkhidmat dan dalam masa yang sama, negara tumpah darah kamu kehilangan satu aset manusia, saya tak rasa itu patriotik.

Memang kita susah, negara kita susah dan ahli-ahli politiknya menyusahkan (sebahagiannya) tapi ini tanah air kita.

Mungkin tak ramai nak faham. Ramai fikir dengan menjadi sentimental tentang patriotisme tidak akan membeli susu dan lampin anak di kedai, namun fikirkanlah jika semua bijak pandai yang dibina tidak berkhidmat di Malaysia, adakah Malaysia nanti akan jadi rumah yang baik untuk anak-anak kita? Jangan fikir tentang lampin dan susu jika anak kita terpaksa hidup bergelandangan. Saya tak berjuang kerana perut sendiri, bukan kerana perut anak-anak dan bukan juga kerana "kenduri kahwin anak" tetapi saya terpaksa nyatakan ini walaupun sebahagian nanti ada yang menentang. Ia kenyataan yang pahit tetapi perlu disuarakan.

Bukankah anda lihat, NEGARA KAYA AKAN BERTAMBAH KAYA dan negara MISKIN AKAN TERUS MENERUS MISKIN disebabkan situasi ini. Bukankah ini jelas satu agenda KAPITALIS?



Nabi juga berhijrah, tetapi hijrah nabi hanya ke satu tempat dan dengan strategi pembaikan dan islah. Nabi tak tunggu Mekah dah okey baru masuk semula tetapi Nabi pastikan Mekah akan okey sebelum Futuh Makkah. Itu penghijrahan yang baik seperti penghijrahan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dan pulang semula untuk menabur bakti di Malaysia.

Saya tak salahkan anda semua untuk faham saya kerana saya sedang memperkatakan kesan 10-30 tahun akan datang. Sebahagian memang nampak, sebahagian masih kabur atau tak tergambar lagi masa hadapan.

Bagi yang nampak, terima kasih dan bantulah saya untuk memahamkan mereka yang masih kurang jelas. Jika anda kurang jelas, anggaplah ini sebagai satu pendapat yang mungkin akan anda angguk membenar dalam 20 tahun lagi. Tak perlu kata kesat, hanya nyatakan dengan baik-baik sahaja.

SAIFUL NANG

p/s: itu tak termasuk cerita taikon-taikon dan ahli politik yang menyorokkan kekayaan negara di akaun luar negara atau luar pesisir (harap-harap dah tiada lah sekarang ni)

Please Click this DONATE BUTTON, as the encouragement and supports motivation! :-) 
This is going to encourage and motivates me
in sharing and writings more! Really appreciate all the supports
and thank you so much ! ❤️❤️

👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻 
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻 Don't forget to Click this DONATE BUTTON! 🙏🏻🙏🏻🤗
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
👇🏻 CLICK! 👇🏻🤗
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻


Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)