Post Yang Terkini ..

Tuesday 1 May 2012

Exam Mid Term makin menghampiri ..




Haha, awat Seri, kau risau ka? Huhu . Resah gelisah? Huh, stress lah sangat. Habis selama ni kau buat apa Seri, mengadap internet je ke? Biology Kimia kau semua kau campak kat mana? Haha. Lawak betullah. Aku pergi marah diri aku sendiri.

Sekarang ni dekat luar dah nak hujan. Kilat sabung menyabung. Boleh pulak aku teruskan  jari aku ni terus terus terus dan terus menaip. Huh. Dah buang tebiat lah aku nih.

Okay, Tentang Mid Term Exam :
Kepada semua yang terbaca post aku ni lah kan, agak-agak korang rasa aku nih dah prepare ke untuk Mid Term ni? Hmm, susah nak jawab jugak. Aku sendiri pun tak terjawab. Sekarang ni, aku tengah risau. Aku risau aku gagal. Aku risau aku tak boleh nak jawab exam.

Bio, Fizik, Kimia, Add Math...
:: Subjek ni semua buat aku makin tak dapat tidur malam lah ..

Kadang-kadang tu, aku selalu bertanya pada diri aku sendiri. Aku ni dah bersedia ke belum, dah bersedia ke tidak untuk exam nih? Kau jangan buat kerja gila Seri. Tahun ni tahun last kau sekolah. Jangan lepas kau amik result untuk Mid Term ni kau nak menangis tak tentu pasal pulak bila kau dapat result teruk nanti. Time tu takde guna dah kalau kau nak melolong melalak sekali pun. Nasi dah jadi bubur

Tentang Persediaan :
:: Aku tak berani nak cakap sebenar nya. Kalau aku cakap aku dah prepare, tapi kalau result teruk jugak nanti, malu lah aku tak tahu nak letak muka nanti. Kalau aku cakap aku tak prepare, nanti orang kata apa pulak , kan? Sekarang ni, biar aku sahajalah, yang tahu. Biar Allah sahaja yang mengetahui isi hati ku..

Okay lah, guruh dah kuat kat luar tu. Aku nak tutup lappy ni dah. #Sambung baca buku. Salam :)


Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)